Cari @ Amanz

Luno hari ini berkongsi perkembangan syarikat mereka di Malaysia, dan turut mengatakan mereka menyasarkan untuk menambah akses kepada jual-beli sejumlah kriptowang baharu pada 2022 kelak.

Buat masa ini, Luno mengatakan dalam proses perbincangan dengan pihak berkuasa, dan menyasarkan pengguna dapat melihat penambahan beberapa kriptowang baharu seawal pertengahan pertama 2022 kelak.

Walaupun pihak Luno Malaysia tidak mengeluarkan komen berkenaan kriptowang baharu yang bakal ditambah, melalui bancian yang dilakukan pada platform mereka, antaraa kriptowang yang dilihat adalah termasuk Cardano, Stellar, Polygon, ChainLink, Solana, Algorand, Uniswap, Polkadot, dan juga Avalanche.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut, dan apakah kriptowang baharu yang akan ditambah Luno Malaysia pada tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd