Cari @ Amanz

Celcom kini berkongsi beberapa data menarik berkaitan rangkaian mereka untuk suku ketiga 2021 yang lepas.

Menurut Celcom, kini mereka mempunyai 14 juta pengguna dibawah rangkaian mereka (termasuk meliputi pengguna MVNO).

Celcom CEO Idham

Dari segi penggunaan data purata bulanan, ia kini meningkat kepada 25.4GB setiap bulan bagi setiap pelanggan. Angka ini memperlihatkan peningkatan tinggi berbanding hanya 18.5GB setiaap bulan pada tahun 2020. Ketika September lepas, Celcom mengatakan penggunaan purata ketika itu adalah 23.9GB sebulan.

Celcom turut mengatakaan mereka telah mempertingkatkan kapasiti rangkaian keseluruhan kepada 1.6Tbps berbanding 810Gbps pada Januari 2020 lepas.

Disamping itu, pada suku ketiga 2021 ini, Celcom menyaksikan penambahan 157,000 pelanggan baharu. Secara purata, pelanggan prabayar Celcom kini membawa pendapatan sebanyak RM30, sementara pengguna pascabayar pula sebanyak RM82.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd