Celcom : Pengguna Kini Menggunakan 23.9GB Sebulan Secara Purata

Diterbitkan pada Sep 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Celcom kini turut berkongsi data semasa berkaitan pengguna di rangkaian mereka. Menurut Celcom, kini mereka menyaksikan secara purata, setiap pengguna menggunakan sekitar 23.9GB sebulan.

Angka ini memperlihatkan peningkatan positif dari bulan ke bulan. Kali terakhir, pada Mei lepas, Celcom mengatakan purata penggunaan data adalah sekitar 21.8GB sebulan.

Secara keseluruhan, Celcom mencatatkan pertumbuhan trafik data lebih daripada 40% dengan 741 Petabyte, berbanding hanya 516 PB pada suku tahun kedua 2020.

Celcom kini turut melihat peningkatan pelanggan prabayar dengan sumbangan ARPU sebanyak RM30, sementara pengguna pascabayar memperlihatkan sumbangan ARPU sebanyak RM83.

Berkongsi lanjut, Celcom bersedia untuk memperkenalkan rangkaian 5G mereka pada penghujung tahun 2021 ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami