WhatsApp kini telah memulakan ujian di Amerika Syarikat melibatkan segelintir kecil pengguna, membolehkan pengguna menghantar dan menerima wang daripada rakan-rakan dengan semudah menghantar mesej teks.
Untuk ujian kali ini, WhatsApp meenggunakan integrasi Novi untuk sokongan kewangan – berbeza dengan ujian yang dilakukan di India yang memerlukan pengesahan pihak kewangan.

Novi merupakan salah satu projek memfokuskan memudahkan pengguna menghantar dan menerima wang yang diterajui oleh Facebook. Selepas sekian lama tergendala, ia kini dilihat telah memulakan fasa ujiannya.
Daripada perkongsian paparan skrin, ia dilihat wang pengguna akan diubah kepada βUSDPβ untuk memudahkan proises penghantaran dan penerimaan. Pelbagai transaksi juga dilakukan terus melalui aplikasi WhatsApp, tanpa meninggalkannya.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah WhatsApp akan memperluaskan ujian ini ke negara-negara lain.