Carian
Cinematic Photo Dan Widget Google Photos Baharu Kini Hadir Untuk Semua
December 10, 2021 Fahim Zahar

Cinematic Photo diperkenalkan oleh Google untuk Google Photos pada hujung tahun 2020. Ia boleh mengubah imej pegun menjadi animasi berdimensi atau dengan kata lain imej 3D.

Terkini, Google telah mengemaskini Cinematic Photo dengan menjadikannya lebih realistik, kemas serta lebih seakan video.

Dengan kemaskini ini, Google Photos “mengisi” bahagian yang hilang butiran dengan butiran yang ada pada imej asal. Ia seolah Magic Eraser atau content aware pada Photoshop, cuma ini untuk imej Cinematic.

Seterusnya adalah widget Google Photos yang dikemaskini tempoh hari, iaitu People & Pets widget. Ia kini yelah hadir secara lebih meluas untuk pengguna Android. Corak widget boleh dipilih serta imej kegemaran individu atau haiwan peliharaan boleh dipilih sebagai tema widget.

Komen