Cari @ Amanz

Meta hari ini membuka akses kepada alam meta Horizon Worlds mereka kepada semua pengguna di Amerika Utara. Pengguna hanya perlu berumur 18 tahun ke atas serta duduk di Amerika Syarikat atau Kanada untuk mencubanya. Untuk menyelami ke alam meta Horizon World, pengguna perlu memiliki set kepada realiti maya Meta Quest 2.

Di dalam Horizon Worlds pengguna boleh menikmati pelbagai permainan dengan pengguna alam meta yang lain. Antara yang ditawarkan ialah perlawanan 3v3 Arena Clash, Wand & Broom, Pixel Plummet dan Mark’s Riverboat. Pengguna diingatkan supaya mematuhi terma dan syarat Horizon Worlds. Bagi yang melanggarnya, pengguna lain boleh melaporkan salah laku dan menghalang mereka dari bertemu seperti plot siri Black Mirror.

Horizon Worlds hanya boleh diakses oleh pengguna Meta Quest 2 sahaja secara percuma dengan aplikasi boleh dimuat turun terus dari gedung realiti maya set kepala. Dengan pelancarannya hari ini, Meta akhirnya merealisasikan impian mereka mencipta dunia seakan Ready Player One yang diumumkan pada tahun 2019.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd