Leica ialah jenama yang sangat dah dala dunia fotografi dengan kelengkapan mereka terkenal dengan kualiti. Minggu ini mereka melancarkan pula Leica Q2 Reporter dengan kemasan tubuh yang diperbuat daripada bahan Kevlar. Menurut Leica, dengan kemasan Kevlar ini, kamera akan menjadi lebih tahan lasak untuk digunakan wartawan dalam situasi yang lebih mencabar. Dari segi spesifikasi ia masih lagi sema dengan Leica Q2 yang dilancarkan dua tahun lalu.

Leica Q2 Reporter ialah kamera kompak full frame dengan sensor 47.3 Megapixels dengan lensa Summilux 28mm f/1.7. Ini adalah peningkatan dari sensor full frame 24-Megapixel sebelum ini. Saiz tubuh kamera masih lagi sama iaitu 130 x 80 x 91.9 mm.

Kamera mampu merakam sehingga 10 bingkai sesaat. Kemampuan video pula ialah 4K pada kadar 30 atau 24 FPS dan Cine4K 24FPS. Pada tetapan 1080P pula terdapat tetapan sehingga 120FPS. Pada panel belakang terdapat sebuah skrin LCD sebesar 3-inci manakala EVF menggunakan skrin OLED. Leica Q2 Reporter dijual pada harga $5,995 (~RM25,289) sebuah.