PLUS Akan Menambah Sokongan RFID Di Semua Plaza Tol Pada Awal 2022

Diterbitkan pada Dis 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

PLUS telah pun mengintegrasikan sokongan RFID pada beberapa plaza tol hari ini. Kini, berkongsi lanjut berkenaan dengannya, pihak PLUS mengatakan mereka akan mengintegrasikan ciri RFID pada semua plaza tol dengan sekurang-kurangnya satu laluan perjalanan pada awal 2022.

PLUS akan menjayakan integrasi RFID ini dengan turut menyertakan sistem pengecam nombor plat automatik (ANPR). Ini adalah dalam memastikan dan memberi lapisan kedua untuk menyemak lokasi sesuatu kenderaan bergerak masuk dan juga keluar.

Ujian rintis berkaitaan dengannya telah sedia dijalankan oleh PLUS sejak Julai 2020 lepas, di Hutan Kampung-Sungai Dua.

Penggunaan kedua-dua sistem ini juga membolehkan kenderaan bergerak melepasi plaza tol pada kelajuan sehingga 30km/j, dan mengurangkan kesesakkan pada plaza tol berbanding sistem SmartTag yang mengehadkan perjalanan pada kelajuan 20km/j.

RFID pada plaza tol dijangka akan memudahkan lagi pembayaran memandangkan ia menggunakan baki pada dompet digital Touch n Go eWallet, selain pada masa yang sama mengurangkan kadar kesesakkan pada plaza tol.

komen


© Amanz / 2022 Kami