Apple sedia dilaporkan sedang melihat untuk membawa ciri pengecasan nirwayar ke iPad. Selari dengannya, kini gergasi teknologi dari Amerika Syarikat berkenaan dilihat telah menerima paten untuk sebuah kerangka luaran iPad yang turut dilengkapi dengan sokongan pengecasan nirwayar.
Terdapat beberapa perkara yang mungkin kita boleh lihat melalui paten ini, termasuk untuk mengecas iPad berkenaan sendiri, atau juga mungkin membolehkan pengguna iPad berkongsi tenaga dari iPad ke peranti lain seperti iPhone secara nirwayar.
Apa pun, buat masa ini, ia sekadar paten awal sahaja, dan tidak diketahui sama ada akan dikomersilkan atau sebaliknya.