Imej Sebenar Samsung Galaxy S22, S22 Pro Dan S22 Ultra Tertiris

Diterbitkan pada Dis 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebelum ini hanya lukisan CAD dan imej pengolokan tiga peranti siri Samsung Galaxy S22 telah tertiris ke arena. Hari ini giliiran imej sebenar Galaxy S22, S22 Pro dan S22 Ultra (mungkin S22 Note) telah tertiris dalam warna hitam dan putih.

Ia mengesahkan rekaan tri-kamera utama pada S22 dan S22 Pro dengan bonggol kamera siri S21 yang dikekalkan. Pada S21 Ultra, rekaan yang lebih menyerupai Galaxy Note pula digunakan. Tubuh lebih berkotak dengan tiada bonggol besar untuk sistem quad-kamera yang nampaknya sama seperti S21 Ultra tahun ini.

Dengan siri Galaxy S22 akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan sahaja lagi, pasti lebih banyak imej rasmi akan tertiris. Adakah rekaan tiga peranti ini memuaskan bagi anda atau anda inginkan perubahan yang lebih drastik dilakukan saban tahun?

Sumber Sammobile

komen


© Amanz / 2022 Kami