Dengan AirTag, pemilik peranti Apple boleh menjejak objek seperti beg, haiwan peliharaan, dan dompet menerusi sistem Find My. Tetapi usaha murni untuk ia menjejak barangan yang dimiliki kemudiannya digunakan untuk melakukan jenayah mencuri kereta mewah dan lebih teruk dijadikan penjejak lokasi oleh individu yang ingin menjejak pergerakan individu lain tanpa kebenaran.
Isu utama AirTag ialah ia tidak boleh dikesan pengguna Android dan akibatnya mereka tidak tahun lokasi mereka sedang dijejak. Semalam aplikasi Tracker Detect telah dilancarkan Apple di Google Play Store. Dengan aplikasi ini pengguna Android akan diberikan amaran sekiranya AirTag dikesan berhampiran mereka. Kemudian penggera boleh dibunyikan untuk melihat dimana AirTag mungkin telah disorok dengan terdapat arahan bagaimana bateri boleh dibuang sekiranya pengguna mengesyaki kedudukan mereka sedang dijejak tanpa kebenaran.
Sekiranya ia ditemukan dalam beg yang hilang pula misalnya, pengguna Android boleh melakukan tap menggunakan NFC untuk mengembalikannya kepada pemilik. Secara tidak langsung Tracker Detect membantu Apple mengembangkan rangkaian Find My untuk menjejak barangan yang hilang. Untuk memuat turun Tracker Detect sila ke pautan di bawah.
- Muat turun aplikasi Tracker Detect dari Google Play Store