Intel Akan Melabur RM30 Bilion Di Pulau Pinang

Diterbitkan pada Dis 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Intel, salah satu pengeluar cip terkemuka dunia yang menguasakan majoriti komputer pada hari ini, kini dikatakan bakal melabur sebanyak RM30 bilion di Malaysia, dalam terus memperluaskan fasiliti pengeluaran cip mereka di Pulau Pinang.

Intel memilih Pulau Pinang kerana kebolehan pengeluaran semikonduktor dan teknologi yang terkini.

Pengumuman ini selari dengan kunjungan CEO Intel baharu, Pat Gelsinger ke rantau Asia Tenggara. Beliau sebelum ini telah menyasarkan untuk memastikan Intel kembali menerajui arena semikonduktor, mendahului TSMC.

Dengan permintaan arena semikonduktor yang meningkat, pelaburan ini dilihat sesuatu yang memainkan peranan penting dalam memastikan Intel terus berupaya mengeluarkan cip pemprosesan berkuasa dan memenuhi permintaan pasaran terkini.

komen


© Amanz / 2022 Kami