Cari @ Amanz

Vivo S12 akan menjadi model kemas kini baharu untuk rangkaian peranti pintar keluaran Vivo. Kewujudannya juga telah didengari sejak kebelakangan ini menerusi beberapa laporan tular. Kini, Vivo dilihat berkongsi tarikh pelancaran rasminya yang dijadualkan berlangsung di China pada 22 Disember ini.

Video promosi pendek turut telah dimuat-naik menerusi laman Weibo, tetapi sayangnya ia tidak pula mendedahkan sebarang informasi berkaitan peranti. Sungguhpun begitu, spekulasi awal mendakwa ia mungkin hadir dalam dua model berbeza seperti pendahulunya. Melaluinya, Vivo S12 dan S12 Pro mungkin akan diperkenalkan sebagai pengganti kepada siri Vivo S10 sebelum ini.

Ia juga berkemungkinan besar menjadi telefon pertama keluaran Vivo yang dibina dengan antara muka OriginOS Ocean yang baru sahaja diumumkan baru-baru ini. Bukan itu sahaja, peranti di bawah siri Vivo S12 juga dijangka menggunakan MediaTek Dimensity 1200. Seperti biasa, maklumat lebih lanjut akan diketahui sewaktu pelancaran rasmi kelak. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd