Sepanjang pandemik perkhidmatan penghantaran makanan banyak membantu memastikan kami tidak kelaparan di rumah. Pelbagai jenis makanan dan barangan runcit boleh dihantar ke rumah dalam masa yang singkat. Minggu ini Uber Eats mencatatkan sejarah sebagai syarikat pertama yang berjaya menghantar makanan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Bilionwan Yusaku Maezawa menjadi rakan penghantar Uber Eats ke ISS dengan perjalanan dilakukan pada 11 Disember dan tiba dalam perjalanan yang mengambil masa 8 jam. Makanan dalam bentuk ikan sardin yang direbus sup miso, daging masak masam manis, ayam, rebung dan khinzir salai tiba ke ISS semalam.
Bagi menampung kos operasi ISS, NASA dibenarkan melakukan misi komersial yang membawa orang awam serta memberikan akses kepada jenama untuk melakukan penggambaran iklan di dalam ISS. Hanya sebulan yang lalu Rusia menjadi negara pertama melakukan penggambaran filem di ISS dengan kemudian Tom Cruise akan melakukannya juga.