Rekaan Honor X30 5G Diperlihatkan Dalam Imej Sebenar

Diterbitkan pada Dis 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor X30 akan dilancarkan di China pada 16 Disember ini. Ia merupakan penawaran terkini daripada Honor, seterusnya menyertai beberapa lagi model terdahulu seperti Honor X30 Max dan X30i.

Terkini, peranti berkenaan telah tersenarai menerusi kedai atas talian di China, JD.Com. Pada masa sama, ia turut muncul dalam beberapa imej sebenar tular yang memperlihatkan keseluruhan rekaan pada peranti.

Honor X30 akan mempunyai panel hadapan berlubang bersama saiz bezel yang nipis. Ia juga akan dilengkapi modul kamera berbentuk bulat seakan Huawei Mate 40 pada bahagian belakang. Melaluinya, ia lengkap dengan sokongan tiga lensa utama bersama LED Flash.

Selain itu, peranti juga akan disertakan dengan pengimbas cap jari pada sisi, cip pemproses 6nm, bateri dengan pengecasan pantas 66W dan skrin bersama kadar segar semula tinggi 120Hz. Tidak ketinggalan, Honor X30 juga bakal ditawarkan dalam beberapa variasi warna berbeza termasuklah kemasan berwarna biru.

Terdapat spekulasi awal yang mendakwa Honor X30 akan dilengkapi cip Snapdragon 695. Di samping itu, ia juga didakwa menggunakan skrin sejenis LCD dan kamera utama dengan sensor sebesar 48MP. Sama ada benar atau tidak dakwaan ini, semuanya bakal terjawab sewaktu pelancaran rasmi kelak.

Sumber : Sparrow News

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami