Cari @ Amanz

Honor X30 Max 5G dan Honor X30i 5G telah dilancarkan di China sekitar beberapa bulan yang lalu. Kini, Honor dalam perancangan untuk pengenalan peranti baharu tidak lama lagi dikenali sebagai Honor X30. Acara pelancaran rasminya dijadualkan berlangsung pada 16 Disember ini.

Tidak banyak yang diketahui mengenai peranti ini. Tetapi, spekulasi awal mendakwa ia akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 695 Ia merupakan cip berteknologi 6nm dengan rangkaian 5G yang membawakan penambahan prestasi sebanyak 15% dan GPU mencapai 30%. Ini juga adalah cip yang sama digunakan pada model Moto G71 5G sebelum ini.

Ia juga dijangka hadir dengan skrin LCD yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan persediaan tiga kamera di belakang yang menggunakan sensor utama sebesar 48MP. Seterusnya, terdapat sokongan kamera swafoto tunggal yang diletakkan di dalam lubang kecil pada panel hadapan. Kita boleh menjangkakan lebih banyak maklumat berkaitan peranti yang akan diketahui dalam masa terdekat.

Sumber : Honor China

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd