Cari @ Amanz

Selain kaca mata pintar Oppo Air Glass seakan scout Bezita, Oppo turut melancarkan cip ISP mereka sendiri iaitu Oppo MariSilicon X. Ini ialah percubaan pertama mereka untuk menghasilkan cip khusus untuk memenuhi keperluan aplikasi fotografi mereka tanpa bergandung kepada ISP yang terpasang pada cip pemproses yang digunakan.

MariSilicon X dihasilkan menggunakan teknologi 6nm dengan kemampuan kecerdasan buatan mencecah 18 TOPs. Cip turut boleh mengambil gambar pada tetapan 20bit RAW yang lebih tinggi berbanding 18 bit yang disokong pada Snapdragon 8 Gen 1 yang baru sahaja diumumkan oleh Qualcomm.Tidak brakhir di situ cip ini boleh mengambil gambar 20 bit dengan kemampuan HDR serta video 4K HDR dengan sokongan HDR juga.

Dengan mod RGBW PRO pula, gambar dengan kualiti tertinggi serta video mod malam 4K juga dapat diambil oleh peranti yang menggunakan cip MariSilicon X. Oppo mengesahkan peranti Find X yang akan diumumkan tahun hadapan menjadi peranti pertama menggunakan cip kendiri ini.

Dalam sidang media yang dilalukan beberapa minggu lalu, wakil Oppo mengatakan cip MariSilicon X hanya akan digunakan pada peranti mercu bagi menawarkan prestasi fotografi terbaik dan ia boleh digunakan tanpa masalah dengan cip seperti Snapdragon 8 Gen 1.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd