Cari @ Amanz

Android Go merupakan variasi sistem operasi Android yang hadir dengan pengoptimasian khas untuk telefon pintar berspesifikasi rendah. Telah diperkenalkan pada tahun 2017 yang lepas, kini Google mengatakan Android Go mempunyai sekitar 200 juta pengguna aktif di seluruh dunia.

Untuk makluman, Android Go hadir dengan pengoptimasian untuk peranti dengan memori bawah 2GB RAM – memastikan peranti berfungsi dengan lancar dan tidak mengalami lengah masa seperti menggunakan versi Android penuh. Aplikasi pengoptimasian khas juga turut ditawarkan Google untuk peranti Go.

Di Malaysia sendiri, kita sedia melihat beberapa pengeluar telah menawarkan telefon Android Go di pasaran pada harga kompetitif.

Selari dengan perkongsian ini, Google turut mengatakan Android 12 (Go Edition) bakal hadir ke pada tahun 2022 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd