Cari @ Amanz

Selari dengan perkongsian angka pengguna aaktif semasa untuk Android Go, Google kini turut telah mengumumkan pengenalan Android 12 (Go Edition).

Google mengatakan Android 12 (Go Edition) ini akan diperkenalkan pada tahun 2022 dengan pengoptimasian yang lebih baik, menjadikan peranti beroperasi lebih laju. Aplikasi juga dikatakan mampu dibuka dengan pantas – sehingga 30% pantas beerbanding sebelumnya.

Android 12 (Go Edition) juga dikatakan menawarkan masa penggunaan bateri yang lebih baik, selain menyertakan sejumlah ciri-ciri pintar bersama dengannya.

Melengkapkan pengenalan versi baharu ini adalah ciri kawalan privasi yang lebih baik – termasuk membolehkan anda memilih apakah yang anda ingin kongsi bersama sesuatu aplikasi, disamping memperlihatkan petanda pada bahagian atas aplikasi apabila mikrofon atau kamera adalah aktif dan digunakan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti sedia ada akan menerima kemaskini Android Go terbaru ini. Google mengatakan beberapa peranti baharu menjalankan Android 12 (Go Edition) akan hadir pada 2022 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd