Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, kami ada melaporkan bahawa Digital Nasional Berhad akan mula menawarkan rangkaian 5G di Malaysia pada 15 Disember. Hari ini, di acara pelancaran rangkaian tersebut, pihak DNB dilihat melancarkan telah secara rasmi rangkaian 5G di Malaysia.

Sekiranya semalam ia dilihat bahawa Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile meminta kerajaan untuk membuka syarikat penyelia 5G kedua yang terdiri daripada syarikat-syarikat telekomunikasi, Telekom Malaysia dan Yes dilihat menerima penawaran khidmat rangkaian 5G yang dibangunkan oleh DNB, dengan kedua-dua syarikat dijangka akan memperlihatkan penawaran pelan 5G mereka dalam masa terdekat ini.

Seperti yang diketahui juga, rangkaian 5G yang dibangunkan oleh DNB setakat ini merangkumi lokasi-lokasi seperti Cyberjaya, Putrajaya dan Kuala Lumpur buat masa ini. Bagi syarikat-syarikat telekomunikasi yang mahu menggunakan rangkaian DNB secara awal, mereka yang memeterai perjanjian dengan DNB boleh menggunakan rangkaian mereka secara percuma bermula hari ini sehingga 31 Mac 2022.

Penawaran 5G tempatan buat masa ini dilihat agak terhad kepada beberapa lokasi sahaja buat masa ini, tetapi menurut CEO DNB, Ralph Marshall, DNB akan terus membina infrastruktur 5G negara dan menjanjikan bahawa 80 peratus populasi negara akan boleh menikmati rangkaian pantas tersebut menjelang 2024 kelak.

Pelan 5G Yes akan diperlihatkan hari ini, dan ia dijangkakan bahawa Telekom Malaysia juga akan memperlihatkan pelan mereka sendiri dalam masa terdekat ini juga. Pihak DNB juga mengatakan bahawa penawaran 5G mereka boleh ditawarkan kepada syarikat-syarikat ini pada harga kos yang lebih rendah daripada apa yang perlu dibayar untuk membangunkan rangkaian 4G sedia ada.

Pihak DNB juga mengatakan bahawa dengan rangkaian yang dibangunkan mereka, pelanggan boleh mendapatkan kelajuan internet minima purata 100Mbps (12MB/s).

Dengan ini, pihak DNB juga mengatakan bahawa syarikat-syarikat telekomunikasi boleh mula menawarkan pelan rangkaian 5G dengan harga yang lebih mampu milik. Sekiranya benar, kami jangkakan bahawa akan ada ramai rakyat yang sudahpun memiliki peranti dengan sokongan rangkaian 5G ini akan mahu mencuba sendiri sekiranya rangkaian ini sehebat apa yang diperkatakan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd