Cari @ Amanz

Vivo V23e baru sahaja diperkenalkan di beberapa pasaran termasuklah Malaysia. Ia ditawarkan dalam dua variasi berbeza iaitu model 4G dengan janaan cip MediaTek Helio G96 bersama kamera utama 64MP dan swafoto pula 50MP. Sementara itu, model 5G pula menggunakan cip MediaTek Dimensity 810 dengan kamera utama 50MP dan swafoto sebesar 44MP.

Vivo V23e 5G

Dalam perkembangan terkini, Vivo dilaporkan dalam perancangan untuk hadir dengan sebuah lagi model baharu di bawah siri yang sama. Ia berikutan terdapatnya markah penanda aras Geekbench 5 untuk sebuah peranti misteri Vivo V2132 telah pun ditemui.

Ia menunjukkan sebuah peranti yang mungkin dijana cip MediaTek Dimensity 1200, memori 8GB RAM dan menggunakan Android 12. Seterusnya, penyenaraian turut berkongsi markah ujian penanda aras yang menunjukkan peranti telah mendapat 679 mata untuk teras tunggal dan 2,707 mata untuk pelbagai teras.

Ini sahaja maklumat yang diketahui pada waktu ini. Terdapat ura-ura mengatakan ia mungkin akan dilancarkan sebagai Vivo V23 Pro kelak. Setakat ini, tiada sebarang informasi lanjut mengenai tarikh pelancaran peranti namun, terdapat sumber menyasarkan ia mungkin dilancarkan seawal Januari depan.

Sumber : GSMArena

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd