Yes Perkenal Pelan 5G – Data 5G Tanpa Had Sehingga 31 Mac 2022, Bermula RM30 Sebulan

Diterbitkan pada Dis 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selari pengumuman pihak Digital Nasional Berhad untuk pelancaran rangkaian 5G, kini Yes turut telah memperlihatkan penawaran pakej mereka untuk pengguna yang ingin mencuba rangkaian 5G.

Dua pakej ditawarkan, iaitu prabayar dan juga pascabayar. Untuk pelan prabayar, ia hadir pada harga RM30 dengan penawaran data 4G tanpa had, dan juga penggunaan data 5G percumma sehingga 31 Mac 2022 tanpa had.

Sementara untuk pelan pascabayar pula, Yes menawarkan 100GB data 4G, dan juga data 5G tanpa had sehingga 31 Mac 2022. Berkemungkinan penawaran ini akan berubah selepas tarikh berkenaan.

Penawaran data percuma tanpa had ini adalah selari dengan penawaran pihak DNB yang tidak mengecaj sebarang kos kepada syarikat telekomunikasi sehingga 31 Mac 2022 kelak.

Apa pun, hendaklah diketahui yang mana penawaran rangkaian 5G ini terhad di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan juga Cyberjaya sahaja.

Seperti biasa, pengguna perlu mempunyai peranti 5G yang menyokongnya sebelum dapat menggunakan rangkaian 5G pada peranti masing-masing. Untuk tujuan itu, pihak Yes menawarkan beberapa peranti 5G dibawah pakej mereka.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman rasmi pelan 5G daripada Yes hari ini, dan memohon kad-SIM 5G daripada laman berkenaan.

komen


© Amanz / 2022 Kami