Ini Adalah Senarai Peranti 5G Yang Disokong Infrastruktur DNB Buat Masa Ini

Diterbitkan pada Dis 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Digital Nasional Berhad (DNB) hari ini telah memperkenalkan penawaran rangkaian 5G untuk pasaran Malaysia, sekaligus membolehkan orang ramai mencuba rangkaian 5G pada peranti masing-masing.

Samsung Galaxy S21

Namun, buat masa ini, tidak semua peranti disokong dan ia masih lagi terhad – termasuk iPhone masih belum disokong. Pihak DNB telah mengeluarkan senarai peranti yang disokong, dan berikut merupakan peranti-peranti yang disokong dengan rangkaian 5G di Malaysia pada hari ini:

  • Honor – Honor 50
  • Huawei – Mate 30 Pro 5G, Mate 40 Pro, Mate XS, Nova 7, Nova 7SE, P40, P40 Pro, P40 Pro +
  • Nokia – Nokia X20
  • Oppo – Oppo A74 5G, Findx2, Findx2 Pro, Findx3 Pro, Reno5, Reno5 Pro, Reno6, Reno6 Pro, Reno6 Z
  • Realme – RealMe 7 5G, RealMe 8 5G, RealMe GT Master Edition, RealMe GT Neo 2, RealMe X50 Pro, RealMe X7 Pro
  • Samsung – Samsung Galaxy S21, S21 Ultra 5G, S21+ 5G
  • Vivo – V20 Pro, V21, V21 5G, V23 5G, V23e 5G, X50, X50 Pro, X70, X70 Pro, Y76 5G, X60
  • Xiaomi – Mi 10T, Mi 11 Lite 5G NE, Mi 11T, Mi 11T Pro, Mi10, Mi10 Pro, Mi10T Pro, Mi11, Mi11Ultra, Poco F2 Pro, Poco F3, Poco M3 Pro 5G, Poco M4 Pro 5G, Poco X3 GT, Redmi Note 10 5G
  • ZTE – Axon 30, Axon 30 Ultra

Beberapa peranti popular masih tidak disokong buat masa ini, dimana selain iPhone, telefon boleh-lipat Samsung turut tidak disokong lagi, termasuk peranti keluaran Asus, Motorola, dan TCL.

komen


© Amanz / 2022 Kami