Motorola Edge 20 Pro Kini Boleh Ditempah Pada Harga Promosi RM2099

Diterbitkan pada Dis 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada bulan lalu, Lenovo mengumumkan Motorola Edge 20 Pro akan dipasarkan di Malaysia dalam masa terdekat. Kini pra-tempahan peranti akhirnya dibuka dan ia ditawarkan pada harga promosi RM2099 sebuah berbanding harga asal RM2499. Tempoh pratempahan adalah bermula dari hari ini hingga 25 Disember sahaja menerusi kedai atas talian mereka di Shopee.

Motorola Edge 20 Pro dilengkapi 6.5 inci OLED 144Hz, dijana Snapdragon 870, memori 12GB RAM, storan 256GB dan bateri sebesar 4500 mAh dengan pengecasan 30W. Spesifikasi kamera pula ialah 108+16+8 MP dengan kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel. Ini membolehkan peranti merakam video pada tetapan 8K 24FPS. Terdapat pengimbas jari pada sisi terbina pada butang kuasa tetapi speaker yang digunakan masih lagi mono.

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pra-tempahan di Shopee hari ini.

(Sumber Lowyat)

komen


© Amanz / 2022 Kami