Huawei MateBook Generasi Baru Bakal Diperkenalkan Pada 23 Disember Ini

Diterbitkan pada Dis 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei telah menjadualkan sebuah acara pelancaran untuk produk baharu pada minggu depan. Melaluinya, mereka bakal memperkenalkan Huawei P50 Pocket yang bakal menjadi pesaing kepada Samsung Galaxy Z Flip. Kemasan peranti juga telah diperlihatkan dengan jelas – di mana, ia mempunyai panel belakang yang diperbuat daripada kaca bersama dua bonggol besar untuk sokongan kamera serta skrin sekunder.

Tidak hanya peranti pintar, tetapi Huawei nampaknya turut akan mengemaskini rangkaian komputer ribanya dengan produk baharu. Melaluinya, siri Huawei MateBook generasi akan diperkenalkan tetapi tiada nama khusus yang didedahkan setakat ini. Poster rasmi yang dikongsi sekadar memberi bayangan mengenai beberapa fungsi yang bakal disokong. Di mana, komputer riba ini akan menyokong kebolehan kawalan menerusi gerak isyarat tangan, ciri tambatan pantas merentas pelbagai peranti dan ekologi berbeza platform peranti – Android dan Windows.

Buat masa ini, hanya itu sahaja yang diketahui dan tiada maklumat lain berkaitan spesifikasi yang dikongsi. Tetapi, kita boleh menyasarkan lebih banyak butiran lanjut yang akan dikongsi dalam masa terdekat ini. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : Weibo

komen


© Amanz / 2022 Kami