Dalam dunia skrin komputer dan televisyen, LG masih antara nama yang gah khususnya bagi mereka yang memerlukan sokongan Dolby Vision. Menurut ciapan @dylandkt, LG kini sedang membangunkan tiga monitor untuk Apple termasuk satu Pro Display XDR yang dilengkapi cip Apple Silicon.
Tiga monitor kelas mercu ini akan hadir dalam saiz 27″ dan 32″. Dua daripadanya menggunakan panel mini LED dengan kadar segar semula 120Hz ProMotion. Sebuah lagi monitor dengan saiz 32″ pula akan hadir dengan cip Apple Silicon untuk meningkatkan lagi prestasi paparan. Ini mungkin akan menggantikan skrin Pro Display XDR yang dilancarkan dua tahun yang lalu.
Sumber MacRumors