Semua Plaza Tol Leburaya Di Pantai Barat Semenanjung Malaysia Akan Sedia Lorong RFID Bermula 15 Januari 2022

Diterbitkan pada Dis 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kementerian Kerja Raya Malaysia kini mengumumkan, bermula 15 Januari 2022 kelak, semua plaza tol di laluan Juru, Pulau Pinang sehingga Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan akan menawarkan laluan pembayaran tol menggunakan RFID.

Dengan langkah ini, semua jaringan infrastruktur lebuhraya bertol di Pantai Barat Semenanjung Malaysia akan menyediakan lorong RFID untuk memudahkan para pengguna, selain membolehkan pengguna bergerak dengan lebih pantas.

Hal ini adalah selari dalam mengurangkan kesesakan di plaza tol, selain membolehkan pengguna menguruskan transaksi secara nirtunai melalui integrasi penggunaan Touch n Go eWallet.

Pengumuman ini juga dilakukan oleh kementerian, selari mengatakan akan menghentikan penggunaan kad Touch ’n Go dan SmartTag secara berperingkat bermula tahun hadapan.

Langkah ini juga selari aspirasi kerajaan dalam hadir dengan laluan tol tanpa palang dalam beberapa tahun lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami