Honor X30 5G Dilancarkan Dengan Skrin 120Hz, Snapdragon 695, Kamera 48MP

Diterbitkan pada Dis 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor kini hadir dengan penawaran baharu untuk siri X mereka menerusi pengenalan Honor X30. Melaluinya, ia sekaligus sertai beberapa model sedia ada yang telah dilancarkan sebelum ini – seperti Honor X30 Max dan Honor X30i. Melihat pada penawarannya, ia adalah sebuah peranti berspesifikasi kelas pertengahan menerusi janaan cip Snapdragon 695.

Untuk spesifikasi khusus, Honor X30 dilengkapi skrin berukuran 6.81-inci IPS LCD beresolusi FHD+ (1080 X 2388 piksel) bersama kadar segar semula mencapai 120Hz. Di samping itu, peranti ini turut dipadankan dengan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Melengkapinya juga adalah bateri berkapasiti 4,800mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W.

Seterusnya, tetapan kamera utama adalah 48MP (utama) + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro), sementara itu kamera hadapan pula adalah 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – rangkaian 5G terbina, bluetooth 5.1, port USB-C dan sebagainya. Di China, Honor X30 5G dijual pada harga bermula RMB1,499 (~RM992) untuk varian asas.

Sumber : Honor China

komen


© Amanz / 2022 Kami