Honor Play 30 Plus Kini Rasmi – MediaTek Dimensity 700, Bateri 5000mAh, Kamera 13MP

Diterbitkan pada Dis 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seiring pengenalan Honor X30 5G, rangkaian peranti di bawah siri Honor Play turut dikemaskini dengan model baharu. Melaluinya, Honor Play 30 Plus telah diperkenalkan dengan janaan cip MediaTek Dimensity 700. Menyentuh soal reka bentuk, jelas menunjukkan ia meminjam sejumlah elemen kemasan daripada Honor 50 – terutamanya pada panel belakangnya.

Untuk spesifikasi khusus, Honor Play 30 Plus dilengkapi skrin sebesar 6.74-inci TFT LCD beresolusi HD+ (1600 x 720 piksel) dan kadar segar semula 90Hz. Seterusnya, peranti ini juga dipadankan dengan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula adalah sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 22.5W.

Dwi-kamera di belakang menjadi pilihan Honor pada peranti ini dengan tetapan 13MP + 2MP, di samping kamera hadapan sebesar 5MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – rangkaian 5G terbina, bluetooth 5.1, port sambungan USB-C, bicu audio 3.5mm dan sebagainya. Di China, peranti pintar ini dijual pada harga bermula RMB1,099 (~RM727).

Sumber : Honor China

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami