Nilai Bitcoin Jatuh Dibawah RM200k

Diterbitkan pada Dis 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bitcoin memperlihatkan penurunan harga kebelakangan ini, dan hari ini, nilai Bitcoin telah pun jatuh dibawah RM200k, selepas melangkaui angka berkenaan sejak beberapa bulan yang lepas.

Sebelum ini, Bitcoin telah mencapai nilai sehingga RM277k pada bulan November lepas, dan memperlihatkan penurunan harga sejak daripada itu. Untuk sekitar seminggu ia naik dan turun sekitar RM200k+, dan hari ini, akhirnya ia mencatatkan penurunan dibawah RM200k.

Selain Bitcoin, pelbagai kriptowang lain turut mencatatkan penurunan drastik. Pasaran keseluruhan kriptowang yang telah melangkaui $3 trilion sebelum ini, kini mencatatkan nilai sekitar $2.15 trilion pada hari ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami