Oppo Find N Habis Dijual Sejurus Selepas Jualan Dibuka

Diterbitkan pada Dis 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo Find N ialah usaha pertama Oppo melancarkan sebuah telefon boleh-lipat. Dengan skrin luaran 18:9, ramai termasuk kami sendiri merasakan Oppo Find N mempunyai potensi menjadi peranti skrin boleh-lipat terbaik pernah dihasilkan.

Sejurus selepas jualan dibuka di China, peranti telah habis dijual. Kini di pasaran sekunder peranti telah dijual semula pada harga yang jauh lebih tinggi berbanding harga jualan asal. Untuk model paling mercu, ia kini dijual semula pada harga RMB 12,000 (RM7940) berbanding harga asal RM8999 (~RM5983).

Sudah menjadi fenomena sekarang peranti yang mendapat sambutan hangat dijual semula oleh mereka yang ingin mengaut keuntungan atas angin. Oppo tidak mempunyai perancangan menawarkan Find N ke pasaran luar China tetapi jika permintaannya tinggi kami meramalkan ia akan akhirnya tiba juga ke pasaran Malaysia.

Sumber GizChina

komen


© Amanz / 2022 Kami