Maxis kini telah mengemaskini halaman berkaitan rangkaian 3G, sekaligus menyatakan mereka telah lengkap menutup rangkaian 3G di semua negeri mengikut jadual.
Sebelum ini, Maxis sedia menamatkan rangkaian 3G di beberapa negeri, dan hanya beroperasi di Pulau Pinang, Johor, Selangor, dan juga Kuala Lumpur. Seperti dijadualkan untuk ditamatkan pada Disember, kini Maxis menyatakan telah menamatkan rangkaian 3G di negeri tersebut.

Buat masa ini, senarai penuh yang dikeluarkan Maxis tidak menyertakan negeri Sarawak.
Maxis turut menyatakan semua negeri berkenaan telah dilengkapi rangkaian 4G pada negeri tersebut. Selain itu, Maxis juga telah mengaktifkan ciri VoWiFi baru-baru ini untuk pengguna mereka.