Koleksi NFT Adidas Terjual Sebanyak $23 Juta Hanya Selepas Beberapa Hari Diperkenalkan

Diterbitkan pada Dis 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada minggu lepas, Adidas dilihat telah memperkenalkan siri koleksi NFT mereka sendiri, yang memperlihatkan pelbagai rekaan digital menarik dibawah nama Into The Metaverse.

Hanya beberapa hari selepas koleksi NFT tersebut diperkenalkan, Adidas dilihat telah menjual sebanyak 30 ribu NFT pada jumlah $23 juta dalam kriptowang Ethereum. Adidas memperlihatkan jualan fasa awal dan jualan terbuka, dimana NFT-NFT ini terjual sebanyak $15.5 juta sewaktu fasa jualan awal, dan $7.5 juta sewaktu fasa jualan terbuka.

Selain daripada menjual kasut sukan hype seperti Adidas Yeezy Boost 350 v2, jualan kasut dan rekaan-rekaan digital NFT ini juga dilihat dapat meningkatkan keuntungan keseluruhan mereka, dan dengan pengenalan lebih banyak NFT lagi, bersama-sama penawaran metaverse mereka sendiri, Adidas dijangka akan mendalami arena digital baru ini dengan lebih banyak rekaan baru.

Sumber: Engadget

komen


© Amanz / 2022 Kami