Yes 5G Menggunakan Rangkaian 4G Untuk Panggilan Suara

Diterbitkan pada Dis 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Yes telah pun mula menawarkan akses kepada rangkaian 5G melalui infrastruktur DNB – sekaligus membolehkan orang ramai menguji sendiri rangkaian generasi baharu berkenaan.

Apa pun, buat masa ini, rangkaian 5G hanya digunakan untuk akses data internet sahaja, dan belum lagi untuk panggilan suara. Ujian kami sendiri memperlihatkan rangkaian akan berubah secara automatik kepada rangkaian 4G LTE ketika menerima panggilan suara.

Ia tidak diketahui lagi bilakah rangkaian 5G akan ditawarkan bersama-sama sokongan panggilan suara dibawah rangkaian 5G kepada umum.

Buat masa ini, hanya Celcom sahaja yang telah melakukan ujian panggilan menggunakan rangkaian 5G, namun tidak diketahui bilakah akan ditawarkan untuk pengguna umum.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami