Carian
Ducati Memperlihatkan Motosikal Lumba Elektrik V21L Untuk MotoE
December 21, 2021 Effi Saharudin

Dua tahun yang lalu Ducati mengesahkan mereka mempunyai perancangan untuk melancarkan motosikal elektrik pertama mereka. Era motosikal elektrik mereka akhirnya bermula apabila motosikal prototaip Ducati V21L telah diperlihatkan secara rasmi di litar Misano World Circuit Marco Simoncelli.

Ducati akan menjadi pembekal tunggal motosikal elektrik dalam kejohanan MotoE bermula 2023. Prototaip motosikal elektrik lumba diuji bagi memastikan ia sedia digunakan apabila musim bermula. Penambahbaikan pada prestasi, berat, kemampuan bateri dan keseimbangan jentera akan dilakukan oleh Ducati. Data yang dikumpul menerusi perlumbaan kemudiannya akan digunakan oleh Ducati untuk mengeluarkan motor elektrik yang dijual kepada orang ramai.

Komen