Hyundai Memperlihatkan MobED – Platform Sentiasa Stabil Untuk Pelbagai Kegunaan

Diterbitkan pada Dis 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Hyundai menggandakan usaha menjadi pengeluar robot dunia dengan pengambilalihan Boston Dynamics dari Softbank Group tahun ini. Kini untuk acara CES 2022, mereka akan memperkenalkan pula Mobile Eccentric Droid (MobED) yang merupakan platform yang sentiasa stabil untuk pelbagai kegunaan.

MobED ialah robot dengan empat roda yang boleh bergerak dengan bebas. Dengan setiap tayar boleh bergerak dengan bebas, MobED boleh memastikan platformnya setiasa stabil dan satah dengan permukaan untuk membolehkan ia membawa pelbagai kargo dengan stabil.

Setiap MobED adalah sebesar 67 x 60 x 33 cm dan seberat 50 kg. Ia turut boleh bergerak pada kelajuan 30 km/j, dan beroperasi pula selama empat jam. Dengan kemampuannya menarik, ia boleh digunakan sebagai platform untuk kereta sorong bayi swapandu dan membawa gelas berisi air tanpa kegusaran ia tumpah.

komen


© Amanz / 2022 Kami