Cari @ Amanz

Disember tahun lalu, Hyundai mengumumkan mereka akan mengambil alih pegangan saham majoriti Boston Dynamics dari Softbank Group. Hyundai kini memegang 80% saham dengan baki masih dipegang oleh Softbank.

Hyundai Boston Dynamics

Dengan pengambilalihan ini, Hyundai ingin mengembangkan lagi teknologi mobiliti masa hadapan kereta swapandu, kenderaan logistik dan kenderaan terbang di kawasan bandar. Kepakaran yang sama akan digunakan juga bagi membantu golongan OKU menerusi penghasilan rangka luaran untuk insan lumpuh dan menggunakan robot Spot untuk membantu OKU penglihatan.

Hyundai sedang giat membangunkan kereta elektrik swapandu kendiri selepas usahasama dengan Apple dihentikan kerana gagal mendapatkan persetujuan. Menerusi New Horizons Studio mereka memperlihatkan kereta berkaki seakan Transformers dan TIGER yang boleh beroperasi di kawasan jalan tidak berturap.

Sumber Hyundai

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd