Rekaan OSOM OV1 Diperlihatkan – Peranti Dari Bekas Kakitangan Essential

Diterbitkan pada Dis 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

November tahun lalu OSOM(Out of Sight Out of Mind) ditubuhkan oleh Jason Keats salah seorang kakitangan terawal di Essential. Idea untuk menubuhkan OSOM wujud selepas melihat seorang rakan disoal siasat oleh pihak berkuasa China semasa melintas sempadan dari Hong Kong. Hari ini rekaan OSOM OV1 (OSOM Vault 1) telah diperlihatkan menerusi lama Android Police.

Peranti ini mementingkan privasi pemilik dan lebih baik dalam memberitahu pemilik apakah data peribadi mereka yang diakses oleh sistem operasi. Menurut Keats, ia 100 kali lebih baik dalam menunjukkan data peribadi yang diakses berbanding peranti Android lain di pasaran.

Tiada maklumat mengenai spesifikasi lengkap tetapi dapat dilihat ia dilengkapi dwi-kamera pada bahagian belakang dan sebuah pengimbas cap jari fizikal. Cip yang digunakan pula ialah keluaran Qualcomm tetapi model juga masih dirahsiakan. OSOM OV1 akan dilancarkan secara rasmi di acara MWC 2022 pada Februari tahun hadapan. Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah akan menjadi tiga pasaran pertama OV1 akan dijual.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami