CEO Intel Memberi Amaran Kekurangan Cip Mungkin Berlarutan Sehingga 2023

Diterbitkan pada Dis 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Intel merupakan salah satu pengeluar cip pemprosesan terkemuka, dan telah pun menyatakan hasrat melabur sehingga RM30 bilion di Malaysia dalam pembangunan beberapa fasiliti baharu.

Selari dengannya juga, CEO Intel menyatakan yang mana masalah bekalan cip yang dialami kini mungkin berlarutan sehingga 2023 kelak.

Pelbagai syarikat pengeluar cip telah mula meningkatkan kapasiti mereka, disamping membangunkan beberapa fasiliti baharu dalam menampung permintaan pengeluar.

Selain itu, pada masa yang sama, pelbagai syarikat kini memerlukan penggunaan cip pemprosesan untuk beroperasi, membuatkan bekalan untuknya menjadi terhad.

Apa pun, bermula tahun 2022 kelak, ia dijangka menjadi reda, dan selesai sepenuhnya menjelang 2023 kelak. Sebelum ini, masalah kekurangan bekalang terjadi disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang memerlukan kilang hentikan operasi sementara.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami