Cari @ Amanz

Vodafone kini telah pun menjual replika SMS pertama di dunia sebagai NFT pada nilai $149,729, atau RM630,883 mengikut kadar tukaran mata wang semasa. Vodafone mengatakan pendapatan melalui jualan ini akan disalurkan kepada badan kebajikan UNHCR.

SMS pertama yang dihantar di dunia melalui rangkaian Vodafone berkenaan bertulis “Merry Christmas”, dan telah dihantar pada 3 Disember 1992 oleh pengaturcara Neil Papworth kepada Richard Jarvis.

Jualan NFT ini adalah replika kepada protokol komunikasi asal yang digunakan untuk menghantar SMS berkenaan. Pembeli NFT ini menerima replika protokol ini dalam bentuk fail PCAP dan juga dalam bentuk fail TXT. Selain itu, bingkai digital dalam bentuk aset fizikal yang memaparkan animasi 3D telefon menerima SMS pertama turut disertakan kepada pembeli.

Untuk makluman, sebelum ini Tweet pertama turut telah terjual secara NFT pada nilai hampir RM12 juta.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd