Vivo Watch 2 Dilancarkan Dengan Sokongan eSIM Dan Bateri 14 Hari

Diterbitkan pada Dis 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo Watch 2 akhirnya dilancarkan secara rasmi seiring dengan siri Vivo S12. Ia merupakan model kemas kini untuk peranti-boleh pakai pertama Vivo yang diumumkan pada September tahun lalu. Seterusnya, ia juga dilengkapi dengan rekaan dan kemasan yang lebih segar, di samping beberapa penambah-baikan untuk fungsi.

Vivo Watch 2 membawakan rekaan muka jam berbentuk bulat tanpa bezel dan dua butang fizikal yang terbina pada sisi. Ia juga menggunakan badan keluli tahan karat 316L, di samping tali yang diperbuat daripada getah standard. Dalam pada itu, terdapat juga tali dengan kemasan kulit nappa yang disediakan sebagai pilihan lain.

Seterusnya, Vivo Watch 2 mempunyai paparan bersaiz 1.43-inci dengan resolusi 466 x 466 piksel. Dari segi fungsi, ia hadir dengan sejumlah sensor terbina untuk sukan dan pemantauan kesihatan yang boleh dipilih oleh pengguna – ini termasuklah kebolehan memantau waktu tidur yang lebih baik menerusi penggunaan teknologi baharu padanya. Ia juga dilengkapi kemampuan kalis air 5ATM dan sokongan untuk beberapa aplikasi penstriman muzik yang boleh dimainkan secara langsung tanpa perlu sambungan kepada telefon pintar.

Kemudian, sokongan eSIM juga tersedia dengan kemampuan bateri yang bertahan sehingga 7 hari apabila diaktifkan. Jika sebaliknya, hayat bateri boleh meningkat mencapai 14 hari lamanya. Lain-lain spesifikasi yang menyokong adalah pembantu maya Jovi, tambatan menerusi Bluetooth 5.2 dan sebagainya. Di China, Vivo Watch 2 dijual pada harga RMB1299 (~RM858) untuk seutas.

Sumber : Vivo China

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami