Cari @ Amanz

Semalam kami ada melaporkan bahawa sejumlah syarikat-syarikat teknologi mengambil keputusan untuk tidak menyertai acara Consumer Electronics Show 2022 di Las Vegas, menyatakan kerisauan terhadap varian Omicron virus COVID-19 yang sedang menular di negara tersebut.

Terkini, melalui ciapan yang baru dikeluarkan oleh Lenovo, ia dilihat syarikat teknologi tersebut juga mengesahkan bahawa mereka tidak akan menyertai acara CES 2022 secara fizikal, kerana kerisauan mengenai virus COVID-19 yang masih membelenggu negara tersebut.

Walaupun begitu, Lenovo masih lagi mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan produk-produk terbaru mereka, seperti komputer desktop dan komputer riba yang dikuasakan komponen-komponen terbaru secara digital pada 4 dan 5 Januari kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd