Cari @ Amanz

Muzik HiFi adalah muzik berkualiti tinggi yang biasanya hadir dalam format yang jarang pengguna biasa dengar. Contohnya .flac. Untuk mendengar muzik ini, aksesori audio hendaklah jenis tertentu bersama dengan alat DAC/AMP.

Setakat ini yang perkhidmatan penstriman audio yang menawarkan kualiti tinggi ini adalah Deezer, Tidal, Apple Music dan ada beberapa yang kecil yang lain.

Spotify ada mengumumkan penawaran Spotify HiFi Februari lalu. Tetapi sehingga hari ini masih tiada khabar, sehingga Apple menawarkan kualiti audio nirhilang percuma kepada setiap pelanggan yang melanggan Apple Music.

Laporan terkini mendakwa perkhidmatan ini mungkin akan ditunda kepada 2022. Dengan baki satu minggu sahaja lagi untuk 2021 tamat, masih tiada khabar lagi.

The Verge turut pernah melaporkan yang Spotify HiFi daripada rancangan asal untuk menjadikannya sebagai pelan tambahan, terpaksa tukar secara percuma. Mungkin kerana Apple Music. Secara tidak langsung menjadikan rancangan melancarkan penstriman audio nirhilang ini lewat.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd