Siri Vivo V23 Akan Hadir Dengan Dwi-Kamera Swafoto – Pelancaran Dijangka Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Dis 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Rangkaian peranti di bawah siri Vivo V sering memfokukan kepada kreativiti dengan memuatkan kecanggihan dari aspek fotografi fan videografi. Paling terkini, Vivo V23e telah dilancarkan dan ianya tersedia dalam dua model berbeza – iaitu versi 4G dengan janaan cip MediaTek Helio G96, sementara itu versi 5G pula dilengkapi MediaTek Dimensity 810.

Tidak lama kemudian timbul pula desas-desus mengenai kewujudan siri Vivo V23. Masih tidak jelas berapa banyak model yang bakal tiba, tetapi spekulasi awal mendakwa siri ini mungkin terdiri dengan Vivo V23 dan Vivo V23 Pro. Dalam masa yang sama, ia juga dijangka tiba tidak lama lagi ekoran tularnya video promosi rasmi yang mengacah mengenai kedatangannya.

Video turut memperlihatkan peranti dalam warna Sunshine Gold yang lengkap dengan skrin hadapan sejenis melengkung pada kiri dan kanan. Turut kelihatan, ia juga dilengkapi dwi-kamera swafoto di hadapan. Menurut sumber, ia mungkin menampilkan sensor 50MP bersama-sama dengannya. Bukan itu sahaja, sistem tri-kamera di belakang turut disertakan dengan penggunaan sensor 64MP pula padanya. Kedua-dua peranti juga akan mempunyai sambungan 5G secara terbina.

Kalau perasan, rekaan peranti yang diperlihatkan ini sebahagian besarnya mempunyai beberapa persamaan dengan Vivo S12 Pro. Kemudian, kamera hadapan juga sama iaitu 50MP. Namun begitu, rasanya peranti-peranti ini sudah semestinya akan dilengkapi spesifikasi yang berbeza sewaktu ianya dilancarkan kelak. Benar atau tidak, sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya berkaitan perkara ini.

Sumber : GSMArena

komen


© Amanz / 2022 Kami