TM Beri Pengecualian Caj Langganan Bil Unifi Selama Dua Minggu Untuk Pelanggan Terjejas Banjir

Diterbitkan pada Dis 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Telekom Malaysia sebelum ini telah menyatakan akan menawarkan gantian percuma untuk barangan Unifi yang terjejas disebabkan banjir. Kini, selain daripada itu, Telekom Malaysia juga mengumumkan akan menawarkan pengecualian caj langganan daripada bil pelanggan yang terjejas untuk dua minggu.

Pengecualian bil ini dijangka akan menelan kos sebanyak RM5 juta di pihak Telekom Malaysia.

Menurut TM, setakat hari ini, perkhidmatan kepada 85% atau 84.274 pelanggan yang terjejas telah kembali pulih. Usaha pemulihan penuh sedang giat dilakukan.

Pada masa yang sama, TM turut mengatakan mereka akan menawarkan lanjutan terma kredit selama 60 hari bagi meringankan lagi beban kewangan pelanggan yang terjejas.

komen


© Amanz / 2022 Kami