Cari @ Amanz

Xiaomi sedia terkenal dengan penawaran beberapa peranti boleh-pakai sedia ada. Kebanyakannya hadir dengan rekaan dan harga yang mesra pengguna. Terkini, Xiaomi dikatakan bakal muncul dengan seutas lagi peranti boleh-pakai yang dinamakan sebagai Xiaomi Watch S1. Kehadirannya juga telah mula diacah dalam poster acah yang dimuat-naik di Weibo.

Dapat dilihat, jam tangan baharu Xiaomi ini akan menampilkan muka jam berbentuk bulat dengan dua butang fizikal pada sisi. Butang ini mungkin turut berfungsi sebagai kawalan beberapa fungsi terbina. Di samping itu, jam tangan ini juga dijangka hadir dengan persediaan tubuh berasaskan logam berkilat. Ini sahaja maklumat yang diketahui pada waktu ini.

Pada masa sama, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang ditemui. Walau bagaimanapun, beberapa beberapa khabar angin yang muncul mendakwa jam tangan ini akan disertakan dengan mod sukan yang lebih pelbagai, di samping penggunaan sensor yang lebih baik untuk mengukur aktiviti fizikal harian pengguna.

Sementara itu, terdapat juga spekulasi yang mengatakan kemungkinan jam tangan ini bakal tiba sebagai Xiaomi Watch Color 2 untuk pasaran Global. Di mana, ia telah dilancarkan di China beberapa bulan yang lalu. Masih tidak diketahui, sejauh mana kebenaran untuk spekulasi ini. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : Weibo

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd