Xiaomi Mempatenkan Peranti Skrin Boleh-Lipat Seakan Z Flip

Diterbitkan pada Dis 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun ini Xiaomi Mi Fold dilancarkan sebagai pesaing kepada Galazy Z Fold. Peranti masih belum dilancarkan di luar dengan jualannya hangat seperti pisang goreng. Kini mereka dilihat mempatenkan sebuah lagi peranti skrin boleh-lipat dengan rekaan mirip Z Flip dan P50 Pocket.

Peranti akan menggunakan dwi-kamera yang disokong melintang di bahagian luar dan kamera dalaman pula diletakkan dalam lubang skrin berbentuk bujur. Sebuah skrin sekunder yang kecil dapat dilihat bersebelahan dwi-kamera utama. Aneh sekali peranti ini tidak dilengkapi pengimbas cap jari sisi seperti Z Flip. Kewujudan paten tidak bermakna peranti akan dihasilkan. Tetapi apabila melihat kejayaan Samsung adalah tidak masuk akal buat pengeluar lain tidak memberikan saingan kepada Z Flip.

Sumber MySmartPrice

komen


© Amanz / 2022 Kami