Kemaskini MySejahtera Dengan Fungsi “MySJ Trace” Diperkenalkan Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada Dis 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas memperkenalkan kemaskini MySejahtera dengan ciri MySJ Trace kepada pengguna peranti Huawei dan Honor sebelum ini, kini kerajaan telah mula menawarkan kemaskini aplikasi sama kepada semua pengguna Android melalui kemaskini Google Play Store.

MySJ Trace menggunakan sokongan Bluetooth dan geolokasi untuk tujuan pengesanan kontak rapat. Ia menggunakan pendekatan “dorongan masyarakat”, dimana telefon pengguna akan saling bertukar maklumat apabila berada dalam jarak tertentu – sekaligus memberikan anda notifikasi apabila anda berselisih dengan mereka yang positif Covid-19.

Bersama-sama dengan kemaskini baharu ini juga, MySejahtera dilihat telah membuang ciri “Check-Out” untuk lokasi.

Bagi anda yang menggunakan MySejahtera, boleh mengemaskini aplikasi anda, dan mengaktifkan ciri MySJ Trace ini hari ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami