Xiaomi 12 Pro Turut Dilancarkan – Snapdragon 8 Gen 1, Tri-Kamera 50MP Dan Pengecasan 120W

Diterbitkan pada Dis 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi 12 Pro turut telah dilancarkan hari ini bersama dengan Xiaomi 12. Peranti lebih mercu Xiaomi 12 Pro dilengkapi skrin 6.73″ AMOLED 2K, Snapdraon 8 Gen 1, memori sehingga 12GB LPDDR5, storan sehingga 256GB UFS 3.1 dan bateri 4600 mAh yang menyokong pengecasan pantas sehingga 120W bersama dengan pengecasan nirwayar 50W. Untuk menyokong pengecasan ini, Xiaomi membangunkan cip kendiri Surge P1.

Kamera utama menggunakan sensor 50MP sudut lebar, 13MP ultra sudut lebar dan 5MP makro dengan sokongan penstabilan OIS. Sementara itu kamera hadapan pula adalah sebesar 32MP. Kamera utama mampu merakam video sehingga resolusi 8K 30FPS. Sistem pemfokusan CyberFocus turut diperkenalkan untuk penjejakan fokus objek yang pantas.

Peranti lebih mercu Xiaomi 12 Pro pula dilengkapi skrin 6.73″ AMOLED 2K, Snapdraon 8 Gen 1, memori sehingga 12GB LPDDR5, storan sehingga 512GB UFS 3.1 dan bateri 4600 mAh yang menyokong pengecasan pantas sehingga 120W bersama dengan pengecasan nirwayar 50W.

Kamera utama menggunakan sensor 50MP sudut lebar, 50MP ultra sudut lebar dan 50MP telefoto dengan sokongan penstabilan OIS. Sementara itu kamera hadapan pula adalah sebesar 32MP. Kamera utama mampu merakam video sehingga resolusi 8K 30FPS. Speaker pada 12 Pro adalah amat unik kerana terdiri daripada 2 speaker utama dan 2 tweeter masing-masing menembak ke sisi dengan kerjasama Harman Kardon. Dengan sistem ini Pro Audio dapat dinikmati oleh pengguna.

Peranti menyokong HDR Dolby Vision, sistem audio Dolby Atmos, dan menggunakan sistem operasi MIUI 13 yang berasaskan Android 12. Bagi memastikan ketahanan skrin, peranti juga dilengkapi kaca Gorilla Glass Victus. Sistem speaker pula ditala oleh Harman Kardon.

Di China Xiaomi 12 Pro dijual pad harga bermula dari RMB 4699 (~RM 3084) untuk (8/128GB), RMB 4999 (~RM 3292) untuk (8/256GB) dan RMB 5399 (~RM3544) untuk (12/256GB).

Sedang dikemaskini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami