Cari @ Amanz

Di acara pelancaran Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro yang sedang berlangsung sekarang, pengasas Xiaomi Lei Jun mengumumkan syarikat akan membelanjakan sehingga RMB 100 bilion (~RM 66 bilion)untuk penyelidukan dan pembangunan produk mereka. Sebelum ini syarikat bertekad membelanjakan RMB 50 bilion dalam masa lima tahun tetapi selepas dua tahun mereka telahpun membelanjakan RMB 22 bilion.

Oleh sebab itu belanjawan untuk penyelidikan dan pembangunan akan ditingkatkan ke RMB 100 bilion untuk tempoh yang sama. Lei Jun turut berkata langkah ini diambil kerana pelanggan Xiaomi kini mempunyai harapan lebih tinggi untuk produk yang akan dilancarkan. Seperti yang dapat dilihat tahun ini, Xiaomi telah melancarkan cip ISP sendiri Surge S1.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd